PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ceramah Majlis Ilmu Madani dianjurkan selaras dengan usaha memberi kefahaman kepada rakyat tentang maksud negara Madani yang diperkenalkan kerajaan.
Beliau berkata ia terutamanya melibatkan nilai-nilai asas pembentukan negara Madani iaitu pegangan yang kukuh, akhlak yang baik dan pembangunan akhlak Islam yang sebenar.





