Meskipun ketinggalan satu gol dan kehilangan seorang pemain yang diperintah keluar padang, Albirex Niigata diselamatkan oleh penyerang veteran mereka, Tadanari Lee, apabila juara bertahan Liga Perdana Singapura (SPL) itu seri 1-1 dalam perlawanan menentang Tampines Rovers pada Selasa.
Lee, 37 tahun, menganggap perlawanan itu sebagai “yang paling penting musim ini” dan “amat gembira” kerana dapat menjaringkan gol penyamaan buat pasukannya,...





