Pelajar Melayu/Islam setempat daripada pelbagai lapisan umur kini berpeluang mendapat lebih banyak pendedahan dalam sektor Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) menerusi program Yayasan Mendaki hasil kerjasama dengan syarikat semikonduktor, Micron.
Program menyeluruh selama tiga tahun itu merangkumi biasiswa, program bekerja sambil belajar dan darmawisata yang bertujuan memupuk minat dan menyokong pelajar menceburi bidang kejuruteraan.





