Bagaikan dibawa terbang ke Dunia Melayu yang eksotik, sarat dengan khazanah budaya, kehalusan bahasa dan kekayaan warisan yang bermakna apabila hadir pada konsert Datuk M. Nasir, Gendang Pati, di The Star Theatre pada Sabtu.
Diiringi paluan gendang dan tiupan seruling, legenda yang disifatkan seperti peribahasa sirih pulang ke gagang itu kembali ke negara kelahirannya Singapura setelah lama bermastautin di Malaysia...





