Pelakon veteran, Harun Hashim, 68 tahun, berkongsi kisah dirinya pernah ‘melarikan’ diri dan tinggal di kebun yang terletak di Kampung Tok Muda, Kapar di Klang bersendirian selama dua tahun selepas berdepan masalah kesihatan mental.
Menurut Harun, beliau pernah beberapa kali ‘hilang’ daripada radar dunia seni kerana diuji masalah kesihatan mental.





