Pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) gabungan parti itu, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bakal bertembung satu lawan satu menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim, untuk merebut Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah.
Beliau, yang juga Menteri Besar sementara Kedah, memenangi kerusi Jeneri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)...





