Setiap masyarakat, tidak kira betapa kecil, akan tetap mempunyai ruang untuk mengekalkan warisan dan budaya mereka di Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong pada Ahad.
Mengetahui sejarah perit negara tentang bagaimana isu seperti bangsa dan agama dengan mudah boleh diapi-apikan selain menyebabkan perpecahan dan perselisihan, adalah penting untuk Singapura terus memperkukuh keharmonian kaum dan kesepaduan sosial, tambahnya.





