Satu usaha mencari dan menyelamat dilancarkan di perairan Punggol pada Ahad lalu (6 Ogos) selepas pihak berkuasa mendapat laporan mengenai seorang lelaki berusia 35 tahun disyaki lemas di kawasan itu.
Usaha mencari itu dilancarkan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA), Pasukan Polis Singapura dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).





