Meskipun terdapat sedikit penangguhan akibat pandemik Covid-19, negara kini selangkah lebih dekat untuk menyelesaikan pembinaan rangkaian terowong sepanjang 98 kilometer yang akan membawa rawatan air terpakai ke bawah tanah, lantas melapangkan kawasan tanah di bahagian pusat dan barat Singapura.
Agensi air negara, PUB, pada Isnin menyelesaikan kerja-kerja terowong untuk fasa kedua Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS) — di mana pembetung...





