Sebuah pertubuhan persekitaran sejagat tidak mencari keuntungan telah menubuhkan pejabat di Singapura, satu langkah yang dilihat sebagai memberi suntikan kepada usaha negara untuk menjadi hab kewangan hijau.
The Nature Conservancy (TNC), yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, bertujuan meningkatkan bekalan kredit karbon bermutu tinggi di rantau ini dan mendorong lebih banyak projek pemuliharaan di Asia Tenggara, lapor The Straits Times.





