Ketua global pasaran modal ekuiti Singapore Exchange akan berundur apabila bursa itu menggabungkan unit itu dengan divisyen pasaran modal hutang dan liputan pelanggan korporatnya.
Encik Mohamed Nasser Ismail, yang telah bertugas di situ selama 18 tahun, akan meninggalkan bursa itu pada hujung Oktober untuk meneroka peluang lain, jelas bursa itu menjawab pertanyaan Bloomberg.





