Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) akan mempertingkat sokongan untuk prasekolah bagi menangani tekanan yang dihadapi tenaga pengajar sektor itu, yang mungkin membawa kepada “kejadian tidak diingini” baru-baru ini, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, di Parlimen pada Isnin.
Ini termasuk memastikan peningkatan kerjaya lebih baik, gaji lebih tinggi dan persekitaran pekerjaan lebih elok bagi guru prasekolah...





