KUALA LUMPUR: Beberapa cawangan Restoran Ali Maju sekitar Lembah Klang masih kekalkan hidangan Menu Rahmah kepada pelanggan walaupun harga bahan makanan mengalami kenaikan sejak kebelakangan ini.
Pemilik rangkaian Restoran Ali Maju, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, berkata sejak Menu Rahmah diperkenal Februari lalu, pihaknya sehingga kini masih menyediakan hidangan itu kepada pelanggan.





