JOHOR BAHRU: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Kebajikan Petani India bagi menyatakan hasrat memastikan negara itu terus mengeksport beras putih kepada Malaysia.
Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G) itu sebagai langkah memastikan bekalan beras putih terus mencukupi buat rakyat negara ini.





