Sekiranya beliau dan suaminya terlambat seminit sahaja untuk keluar daripada kereta mereka, nyawa mereka mungkin terancam.
Justeru, walaupun hatinya pedih melihat kereta Audi Q7 yang baru dibelinya setahun lalu dijilat api, Cik Jamaliah Mohd Musthapa hanya mampu berkata kepada dirinya, ‘Alhamdulillah saya selamat’, malah bersyukur dirinya bernasib baik.





