Harga air akan dinaikkan sebanyak 50 sen bagi setiap meter kubik secara berperingkat dalam tempoh dua tahun, pada 1 April 2024 dan 1 April 2025, untuk menampung kos yang semakin meningkat bagi membekal dan mengeluarkan air, kata agensi air negara, PUB.
Dengan peningkatan penuh mulai April 2025, tiga dalam empat isi rumah akan melihat peningkatan kurang daripada $10 secara purata...





