KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 alasan dikemukakan pihak pendakwaan dalam petisyen rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin, daripada empat tuduhan salah guna kuasa untuk rasuah RM232.5 juta ($67.8 juta) membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, melalui petisyen yang difailkan di Mahkamah Rayuan pada 19 September lalu menyatakan hakim terkhilaf...





