Singapura boleh jangkakan hujan petir tempoh singkat antara lewat pagi dengan petang pada kebanyakan hari dalam dua minggu pertama Oktober.
Ini disebabkan keadaan monsun barat daya yang lazim mungkin berterusan di Singapura dan kawasan sekitarnya, serta angin paras rendah dijangka terus bertiup dari tenggara atau barat daya pada kebanyakan hari.





