Pemilik sebuah pusat tuisyen mereka tujuh pelatih yang tidak wujud dan mengemukakan 63 tuntutan palsu untuk dapatkan geran berjumlah $126,749 di bawah satu inisiatif pemerintah bertujuan membantu orang ramai meningkatkan kebolehpasaran mereka semasa pandemik Covid-19.
Gerard Lim Jian Rong, 36 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 22 bulan pada Selasa, selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan menipu dan satu tuduhan pemalsuan.





