PAYA BESAR: Sanggup satu keluarga dari Sarawak ini memasuki sebuah universiti di Pahang dengan berjalan kaki untuk menghantar anak mereka pada hari pendaftaran.
Dalam satu video yang tular di TikTok, satu keluarga dianggotai empat orang kelihatan menemani anak perempuan mereka menempuh cuaca panas dan berjalan masuk ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sambil menolak bagasi masing-masing di jalan raya.





