Video sekumpulan jemaah mendirikan solat bersama mendatangkan kekeliruan dan reaksi kurang senang kerana sekali pandang, kelihatan saf jemaah itu terdiri daripada kaum Adam dan kaum Hawa yang bertudung lingkup.
Menyentuh tentang video yang telah tular itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat keterangan di akaun Facebook and Instagram mereka dan mengesahkan video itu diyakini dirakam oleh peserta Kem Ibadah Nusantara...





