Seorang lelaki berusia 36 tahun dibawa ke hospital selepas lori yang dipandunya terbabas dan terbalik di Bras Basah pada pagi Rabu.
Polis mengesahkan kemalangan berlaku di persimpangan Bras Basah Road dan Prinsep Road pada kira-kira 7.40 pagi. Pihak polis juga berkata pemandu lelaki itu dalam keadaan sedar.





