Perenang handalan negara Yip Pin Xiu dan Sophie Soon tidak akan bersaing di Sukan Para Asia (APG) di Hangzhou – selepas acara mereka dibatalkan oleh penganjur hanya tiga minggu lalu.
Pada Ogos, Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC) mengumumkan kontinjen seramai 33 orang yang akan bersaing dalam sembilan sukan – memanah, olahraga, badminton, ‘boccia’, bowling rumput, ‘powerlifting’, menembak, renang dan tenis...





