Sekitar 20 penduduk dipindahkan selepas satu kebakaran berlaku di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Little India pada Selasa malam.
Dalam satu catatan Facebook, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, ia dimaklumkan mengenai kebakaran di sebuah flat tingkat tiga di Blok 662 Buffalo Road sekitar 8 malam, lapor The Straits Times.





