KUALA LUMPUR: Pengapungan harga telur dan ayam perlu dibuat secara munasabah demi mewujudkan situasi sama menang bagi pengguna, penternak dan pembekal.
Presiden Gabungan Persatuan Peniaga dan Penjaja Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman, berkata ia harus dibuat secara teliti dan perlu dipantau agar tiada pihak cuba mengambil kesempatan, selain bagi memastikan bekalan domestik barang keperluan itu mencukupi.





