KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menegaskan bahawa projek pembinaan plaza tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya bukan di bawah bidang kuasa KKR dan LLM.
Ini kerana jelasnya dalam satu kenyataan, ia bukan jalan yang diwartakan sebagai jalan Persekutuan.





