KLUANG: Konvoi enam kereta mewah dari Singapura bertukar tragedi selepas tiga daripadanya rosak teruk akibat terlibat kemalangan di Kilometer 63 Jalan Yong Peng-Kluang di Kluang pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kluang, Penolong Pesuruhjaya Bahrin Mohd Nor berkata, insiden tersebut yang berlaku pada jam 9 pagi melibatkan tiga kereta mewah jenis Maclaren M4, lapor Sinar Harian.





