PEMBUKAAN SEMULA: Tetamu terhormat, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelarasan Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean (tengah), merasmikan pembukaan semula Terminal 2 Lapangan Terbang Changi pada Rabu.
SingapuraNov 1, 2023 | 5:26 PM

T2 Changi yang lebih besar dapat kendali 28j penumpang setahun

Selepas tiga setengah tahun menjalani kerja-kerja kejuruteraan dan perluasan, Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Changi telah dibuka semula sepenuhnya pada Rabu, lebih awal daripada 2024 yang dijangkakan.

Pembukaan semula itu dirasmikan tetamu terhormat, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelarasan Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, pada Majlis Pembukaan T2.

Penulis mengingatkan anak lelakinya, Hamzah Mohammad Hanafi, bahawa dia tidak boleh menyentuh bahagian peribadi orang lain, dan orang lain pun tidak boleh menyentuh bahagian peribadinya.
Gaya hidupSep 9, 2026 | 3:32 PM

Apabila anak sentuh punggung orang...

Baru-baru ini, ketika bercuti di Batam, anak lelaki saya yang berumur hampir empat tahun menyentuh punggung seorang wanita yang tidak dikenali.

Saya segera meminta maaf kepada wanita itu dan memberitahu anak saya yang dia tidak sepatutnya berbuat demikian.

Pihak berkuasa Thailand sedang menyiasat sebuah klinik di Bangkok selepas usahawan Britain kelahiran Nigeria, Encik Igho Ubiribo, 43 tahun, meninggal dunia pada 6 Mac susulan suntikan pembesaran zakar menggunakan asid hialuronik. Koroner di London memutuskan bahawa prosedur kosmetik itu menyebabkan embolisme pulmonari yang membawa kepada kematiannya.
DuniaSep 9, 2026 | 3:29 PM

Thailand siasat klinik warga Britain maut suntikan pembesaran zakar

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand sedang menyiasat sebuah klinik di Bangkok selepas seorang usahawan dan pempengaruh media sosial Britain kelahiran Nigeria meninggal dunia susulan prosedur pembesaran zakar menggunakan suntikan asid hialuronik.

Encik Igho Ubiribo, 43 tahun, meninggal dunia pada awal pagi 6 Mac, beberapa jam selepas menjalani prosedur itu di sebuah klinik di ibu kota Thailand.

Kenderaan kecemasan berada di luar sebuah tadika di wilayah Chonburi, Thailand, selepas seorang anggota polis menembak mati isterinya yang mengajar di pusat itu pada 9 September. Kesemua 44 kanak-kanak serta enam guru dan kakitangan berjaya dipindahkan dengan selamat. Gabenor Chonburi mengarahkan tadika itu ditutup dan berkata bantuan psikologi akan diberikan kepada kanak-kanak serta kakitangan yang menyaksikan kejadian tersebut. –
DuniaSep 9, 2026 | 3:10 PM

Polis Thailand tembak mati isteri di tadika, 44 kanak-kanak selamat

BANGKOK: Seorang anggota polis Thailand menembak mati isterinya di sebuah tadika tempat wanita itu mengajar di wilayah Chonburi pada 9 September, dengan kesemua 44 kanak-kanak di pusat berkenaan berjaya dipindahkan dengan selamat.

Suspek melarikan diri ke rumahnya selepas kejadian di daerah Nong Pla Lai, tenggara Bangkok.

Sempurna, seekor orang utan Borneo jantan dewasa, diberikan rawatan selepas ditemui lemah, sukar bernafas dan tidak mampu berdiri di sebuah ladang kelapa sawit milik penduduk di Ketapang, Kalimantan Barat, pada 30 Ogos. Sempurna mati beberapa jam selepas diselamatkan, dengan bedah siasat mendapati perubahan pada paru-parunya disyaki berkaitan pendedahan kepada asap kebakaran hutan dan lahan. Kes itu dipercayai kematian pertama orang utan yang dikaitkan dengan kebakaran yang melanda Kalimantan sejak lebih sebulan lalu.
IndonesiaSep 9, 2026 | 2:44 PM

Kematian pertama orang utan dipercayai terkait kebakaran hutan di Kalimantan

Seekor orang utan di Kalimantan Barat mati selepas mengalami kesukaran bernafas, tidak lama selepas ditemui dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri di sebuah ladang kelapa sawit milik penduduk di Ketapang, antara kawasan di wilayah itu yang paling teruk terjejas akibat kebakaran hutan dan lahan di Indonesia.

Balai Pemuliharaan Sumber Daya Alam (BKSDA) Kalimantan Barat mengesahkan Sempurna, seekor orang utan...

Bekas Menteri Agama Indonesia, Encik Yaqut Cholil Qoumas, ketika menghadiri perbicaraan berhubung dakwaan rasuah dalam pengurusan kuota tambahan haji 2023-2024. Dalam perbicaraan terbaru, seorang bekas kakitangan Kementerian Agama memberi keterangan bahawa AS$905,000 (S$1.16 juta) dikutip daripada 181 jemaah bagi mempercepatkan giliran menunaikan haji khas pada 2023. Encik Yaqut dan tiga tertuduh lain berdepan pertuduhan dalam kes itu, dengan semua dakwaan masih belum dibuktikan di mahkamah.
DuniaSep 9, 2026 | 2:27 PM

Kes kuota haji bekas Menteri Agama: 181 jemaah bayar AS$905,000 percepat giliran

JAKARTA: Seorang bekas kakitangan Kementerian Agama Indonesia memberi keterangan bahawa bayaran AS$5,000 ($6,400) bagi setiap jemaah dikutip untuk mempercepatkan giliran menunaikan haji khas pada 2023, dengan 181 jemaah membabitkan kutipan keseluruhan AS$905,000.

Encik Ridwan Kurniawan, bekas kakitangan kontrak kementerian itu, memberi keterangan di Mahkamah Rasuah Jakarta Pusat pada 8 September dalam perbicaraan bekas Menteri Agama, Encik Yaqut Cholil Qoumas, dan...

Perlu cari keseimbangan untuk pastikan masjid ruang terbuka dan juga selamat
Play Video

Jawatankuasa perkukuh perlindungan institusi agama akan ditubuhkan
Play Video

ARS bukan jaminan tingkah laku seseorang
Play Video

Mahu elak anak makan bersepah cetus idea jual dadih dalam pek minuman
Play Video

Sheikh Haikel hidap bara usus tahap empat
Play Video