Situasi di sempadan Rafah tidak menentu dan terus menjadi cabaran bagi bantuan kemanusiaan untuk dihantar masuk ke Jaluran Gaza kerana kawalan keselamatan yang ketat di sekitar sempadannya, kata Encik Sahari Ani, wakil Palang Merah Singapura.
Memberi kemas kini mengenai usaha bantuan kemanusiaan dari Kahirah, Mesir semasa dihubungi Berita Harian (BH) melalui Zoom pada Rabu, Encik Sahari berkata Palang Merah Singapura...





