Siglap Hearty Meals, inisiatif yang menyediakan warga emas hidangan menggunakan sumber makanan daripada taman masyarakat setempat, dilancarkan di Kelab Masyarakat (CC) Siglap pada Ahad.
Berdasarkan tiga tonggak Pelan East Coast — Penyayang, Bersemangat dan Menghijau — Siglap Hearty Meals ialah inisiatif berkonsep sajian dari ‘ladang’ ke meja makan, dengan hidangan tersebut disediakan cef sukarelawan terlatih daripada syarikat katering pesawat dan...





