Seorang lelaki diselamatkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) setelah terjatuh kira-kira empat meter ke dalam bilik pam pemercik sebuah kilang pada 28 November.
Dalam satu catatan Instagram SCDF pada 29 November, anggota pegawai kecemasan – terdiri daripada pegawai bomba, pegawai ambulans dan pakar daripada Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) – diaktifkan sekitar 4.50 petang untuk melaksanakan operasi menyelamat...





