Lebih 1,000 pelajar pengajian tinggi terlibat dalam pameran TechConnect, dalam usaha menyokong permintaan bakat muda dalam bidang teknologi.
Diterajui Jobstreet by SEEK, daya usaha itu merupakan kerjasama dengan Majlis Belia Kebangsaan (NYC), yang sejauh ini telah diadakan di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Politeknik Temasek (TP).





