Cuaca basah yang Singapura kini alami berkemungkinan berterusan sepanjang bulan ini, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) dalam satu kenyataan pada 15 Disember.
MSS berkata bahawa keadaan Monsun Timur Laut yang berlaku sejak awal Disember 2023 dijangka berterusan pada separuh kedua bulan itu, dengan angin bertiup terutamanya dari barat laut atau timur laut.





