Langkah Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) untuk tidak mengendahkan keputusan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) telah menjejas kredibiliti antarabangsa sukan sepak takraw di Singapura, kata Encik Salim Ebrahim Marican, presiden sementara Konfederasi Sepak Takraw Singapura (KSS) atau Perses II.
Di samping itu, beliau menambah bahawa keputusan Perses untuk mengadakan pilihan raya semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) Perses pada Oktober yang...





