Ramai artis Malaysia yang teruja menyanyikan lagu syahdu lagi menusuk kalbu, Dawai, dendangan asal penyanyi Indonesia, Fadhilah Intan.
Yang membuatkan Fadhilah, 25 tahun, terharu adalah bintang tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut cuba menyanyikan lagu ciptaan Melly Goeslaw yang dijadikan runut bunyi (OST) filem tentang anak angkat, Air Mata Di Ujung Sajadah, dalam salah satu hantaran Instagram.





