THE HAGUE: Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkata ia akan mengeluarkan keputusan pentingnya pada Jumaat, 26 Januari, dalam kes terhadap Israel berhubung dakwaan pembunuhan beramai-ramai di Gaza – keputusan yang dinanti-nantikan di serata dunia.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague akan membuat keputusan pada Jumaat, 26 Januari, sama ada ia akan memberikan langkah kecemasan untuk menghentikan kempen ketenteraan...





