Jumlah kematian di tempat kerja di Singapura berkurangan ke rekod terendah kurang 1.0 bagi setiap 100,000 pekerja pada 2023 – kira-kira lima tahun sebelum tarikh sasarannya, iaitu pada 2028.
Ini diumum oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamed, dalam ucap tamanya di Forum dan Anugerah NTUC U Safe di Institut Pekerjaan dan Daya Kerja Devan Nair...





