Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mendapati bahawa daging kultur secara amnya halal atau dibenarkan dimakan oleh orang Islam sekiranya ia memenuhi syarat, kata Muis dalam satu kenyataan pada 3 Februari.
Menurut kenyataan itu, keputusan mengeluarkan fatwa tersebut sejajar dengan peningkatan penekanan sejagat terhadap pengeluaran makanan mampan dan menangani kebimbangan masyarakat Islam mengenai memakan produk makanan baru seperti daging...





