Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan bekerjasama dengan agensi pemerintah seperti Agensi Makanan Singapura (SFA) dan industri pemakanan untuk membangun garis panduan bagi pensijilan halal daging kultur.
Dalam satu kenyataan pada 3 Februari, Muis menyatakan syarat untuk pensijilan halal akan meliputi kelulusan kawal selia prapasaran SFA, kebolehkesanan sel; kemudahan bebas daripada bahan cemar dan tidak halal; setiap bahan digunakan dalam...





