HULU SELANGOR: Keseronokan 28 pelajar tingkatan lima yang menunggang motosikal dan mengganggu ketenteraman awam terhenti apabila mereka ditahan polis berhampiran sebuah bangunan kosong di Jalan Kemboja, Bukit Sentosa, di sini pada 19 Februari.
Operasi 1.30 petang itu dilakukan susulan polis menerima enam aduan daripada pihak sekolah dan penduduk setempat berhubung kegiatan tidak sihat yang semakin berleluasa di kawasan terbabit.





