“Bak pepatah, ‘Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’.
“Pada tahun 2002, saya merupakan seorang pegawai kajian di Mendaki. Kami dapati interaksi awal dan bermutu antara ibu bapa dengan anak-anak memberikan kesan positif dalam pembelajaran dan kehidupan harian mereka. Melalui Maju Minda Matematika dan kini KMM, ramai ibu bapa menjadi lebih yakin untuk melibatkan diri dalam kegiatan Matematik bersama anak-anak...





