Kementerian Pertahanan (Mindef) akan membeli lapan jet pejuang F-35A, di samping 12 F-35B yang telah diperoleh sebelum ini dari syarikat pengeluar Amerika Syarikat, Lockheed Martin, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.
Beliau berkata sedemikian semasa menjawab pertanyaan Cik Poh Li San (GRC Sembawang) dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 28 Februari.





