Parti Tindakan Rakyat (PAP) tidak akan meminta agar Ketua Pembangkang, yang juga Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, digantung sebagai Anggota Parlimen (AP) sementara prosiding undang-undang sedang berlangsung.
Ini setelah Encik Pritam berdepan dua tuduhan di bawah Akta Parlimen (Keistimewaan, Kekebalan dan Kuasa) pada 19 Mac kerana berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP).





