Suhu di Choa Chu Kang mencecah 36.3 darjah Celsius pada 24 Mac, yang tertinggi pernah dialami Singapura sejauh ini pada 2024.
Menurut keterangan yang tertera di laman Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS), cuaca panas membahang tersebut dirakam di estet kejiranan barat laut Singapura pada 2.41 petang.





