‘Jangan kancheong, masjid tak lari’.
Demikian antara mesej yang diselitkan secara santai dalam video mencuit hati terbitan Masjid Alkaff Kampung Melayu baru-baru ini dalam usaha menggalakkan jemaah untuk sertai sesi kedua solat Jumaat.
‘Jangan kancheong, masjid tak lari’.
Demikian antara mesej yang diselitkan secara santai dalam video mencuit hati terbitan Masjid Alkaff Kampung Melayu baru-baru ini dalam usaha menggalakkan jemaah untuk sertai sesi kedua solat Jumaat.
JOHOR BAHRU: Johor mahu projek strategik yang masih berada pada peringkat prapelaksanaan dipercepat menerusi penyelarasan lebih rapat antara agensi negeri dengan kerajaan Persekutuan.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata langkah itu penting bagi memastikan sebarang masalah diselesaikan segera dan projek yang dirancang dapat memberikan manfaat kepada rakyat secepat mungkin.
PADANG BESAR (Perlis): Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin goyah dengan kian ramai ahlinya meninggalkan parti, selepas mendakwa hilang kepercayaan pada kepimpinan Bersatu di peringkat Pusat.
Terkini, Timbalan Ketua Bersatu Padang Besar di Perlis bersama 14 ketua cawangan daripada 24 cawangan di bahagian itu mengumumkan peletakan jawatan dan keluar daripada parti serta-merta dan menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan) pimpinan mantan...
JAKARTA: Sekitar 14,000 jemaah umrah Indonesia terjejas selepas penerbangan mereka dibatalkan akibat abu Gunung Anak Krakatau, ketika operasi mencari lapan orang termasuk lima wartawan yang hilang semasa membuat liputan letusan gunung berapi itu diteruskan pada 9 September.
Gunung Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda antara Pulau Jawa dan Sumatera kembali meletus awal 9 September, selepas beberapa siri letusan sejak...
NEW YORK: Datuk Bandar New York, Encik Zohran Mamdani, menuduh pentadbiran bandar sebelum ini tidak mendedahkan sepenuhnya bahaya udara toksik selepas serangan 11 September 2001, susulan penerbitan lebih 170,000 halaman dokumen mengenai tahap pencemaran di sekitar tapak runtuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Dokumen yang didedahkan pada 8 September, menjelang ulang tahun ke-25 serangan 9/11, menunjukkan bahan berbahaya termasuk asbestos, benzena...
LONDON: Dua belas negara termasuk Britain, Canada dan Perancis mengumumkan rancangan untuk mengenakan sekatan perdagangan terhadap penempatan Israel di Tebing Barat, ketika keganasan pendatang haram terhadap penduduk Palestin dan peluasan penempatan di wilayah yang diduduki itu semakin mendapat kecaman antarabangsa.
Langkah yang diumumkan pada 8 September itu turut disokong Denmark, Finland, Iceland, Ireland, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol dan Sweden.





