Bazar Hari Raya boleh menjadi wadah yang membantu usahawan yang mengendalikan perniagaan dari rumah (HBB) mempertingkat dan menambah baik perniagaan mereka di samping meluaskan jangkauan pelanggan melalui wadah dalam talian, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian acara sambutan Hari Raya 2024 di Our Tampines Hub (OTH) pada 30 Mac.





