Bersyukur kepada Ilahi, kita meraikan hari kemenangan hari ini setelah sebulan berpuasa dan mengejar ibadah demi mendapat keredaan Allah swt. Dalam kegembiraan menyambut Hari Raya, tidak dapat diketepikan rasa rindu terhadap orang-orang tersayang yang telah lebih dahulu meninggalkan kita, terutama arwah mak. Memang semasa mak masih ada, tetamu dari kalangan saudara mara tidak putus-putus datang setiap hari. Meriah tak terkata...





