Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Encik Tim Cook, telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo pada 17 April, sedang firma gergasi teknologi itu meneroka peluang pelaburan dalam ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.
Ini dilakukan Encik Cook dalam usaha mempelbagai rantaian bekalannya di negara lain, selain China.





