LONDON: Menurut laporan media Britain, pengurus kelab Feyenoord, Arne Slot, muncul sebagai calon utama untuk menggantikan tempat Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool.
Pengurus berusia 45 tahun itu telah membimbing Feyenoord untuk mendapatkan piala liga pertama mereka dalam enam tahun dan telah memenangi Piala Belanda pada 21 April.





