JOHOR BAHRU: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan terhadap dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya M Kumar, berkata pihaknya menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berkaitan dakwaan terhadap pegawai kanan polis itu.





